Sunday, 16 August 2015

Tuhanku

Posted by Iqin at 10:20
TUHANKU

Alangkah asyiknya diri ini,
Bergelak tawa bersuka ria, 
Bersenandung mengikut rentak hati,
Terlupa pada-Mu seketika.

Dosa pahala bagai nafsu serakah,
Ikut sahaja semua yang hati rasa,
Tidak endah azab neraka yang parah,
Tinggalkan Syurga yang menanti setia.

Hinanya aku bertuhankan nafsu,
Dalam gejolak jiwa yang masih muda,
Setiap detik yang tersia kian berlalu,
Tidak diendah kematian yang akan bertamu.

Kita semua perlu bangun berdiri,
Menongkah dunia yang luas ini,
Merantau mencari hikmah abadi,
Tinggalkan semua yang merosakkan hati.

Sesungguhnya Dia tidak pernah jauh,
Tidakkah kau rasa belaian kasih-Nya,
Masih kau nafikan hak sebagai hamba,
Alam turut sama tidak menerima.

Carilah sinar yang sudah mereput,
Nyalakan azam setinggi-tingginya,
Sambutlah hidayah yang menjemput,
Allah sentiasa menanti taubat hambaNya.

Kolaborasi :
@_nurnajah
@iqinnohibi

#thepuisidaie
#puisitemaTuhanku

0 comments:

Post a Comment

 

Qeen No Hibi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei