Tuesday, 28 May 2019
Takut Istikharah?
Haritu kak pin jamal ada share pasal istikharah.
Kebanyakan orang tak nak buat sebab takut nak hadapi result. Takut dapat jawapan tak sama macam expectations.
Memang kena sedebik untuk aku. Last buat entah 3 tahun lepas. Sedangkan istikharah ni submission akhir, sambil kita dah usaha semuanya.
Macam hantar assignment tak bubuh isi kandungan. Bukan untuk dapat kesimpulan akhir, tapi sebagai penanda aras penyerahan diri kat tuhan. Susahnya nak terangkan.
Sebagai tanda at the end kita tetap hamba. Untuk mantapkan kebergantungan kita, bukan sekadar nak jawapan mimpi/ilham bagai.
Ergh cikgu kata kalau tak boleh terangkan balik, maknanya belum faham 🥴
Monday, 6 June 2016
KUNCI
KUNCI
Bingkisan tirai tidak terhijab,
Seorang aku mencari tiada sekejap,
Tiada lena berterusan dalam lelap,
Kunci yang hilang entah ke mana lesap.
Kamu, menyelinap susur galur hati,
Gugusan kunci milikku kau curi,
Mana bisa hati kudus ini ternoda sepi,
Berhamburan nikotin mimpi kau lepasi.
Pinta pada Tuhan,
Agar aku tidak lupa Dia ; bertahan,
Tetap utuh dipersada jiwa lama sekian,
Kerna Dia yang satu setia berteman.
Lalu kunci itu kau pulangkan,
Dalam remuk tidak berbentuk,
Peti yang sekian lama tersimpan,
Dalam gelap sepi yang sejuk.
Semakin lama terbukalah isinya,
Mendedahkan bait-bait puitis,
Segala memoir yang bermain di mata,
Menjadi saksi perjalanan pahit dan manis.
Biar peti itu kuisi hati yang kembali suci,
Hati yang dambakan kasih sayangNya,
Biar sakit luka yang tidak terperi,
Terkubur dalam debu ditiup bahagia.
Kolaborasi,
Sunday, 16 August 2015
Jalanku
JALANKU
Kadang kita tak sedar,
Betapa manisnya kasih sayang tuhan,
Umpama lebah yang sedang lapar,
Segar bugar dihampar madu selautan.
Kadang kita tak sedar,
Derhaka macam mana pun; jantung masih utuh,
Bagai bunga yang kembang mekar,
Berpanas berhujan masih juga teguh.
Ya, ini jalanku,
Mengejar dan terus mengejar, khalawatul iman dari Tuhanku,
Ini amanah Tuhan ke atas insan,
Syurga menunggu sebagai balasan.
Abaikan saja komentar jalanan,
Di penghujungnya tetap bertemu Tuhan,
Apakah buruk atau cantiknya keadaan,
Semuanya bergantung kepada amalan.
Ini bukanlah diskriminasi,
Bukan juga demonstrasi,
Tapi umpama dibakar mentari,
Begitulah juga cinta ini.
Akan kukejar dan harungi,
Hingga saat nafas ini berderap,
Walau terpaksa melangkah sendiri,
Demi syurga-Mu aku berharap.
#PuisiTemaJalanku
#kolaborasi
#thepuisidaie
By;
@amiramashuri
@iqinnohibi
Tuhanku
TUHANKU
Alangkah asyiknya diri ini,
Bergelak tawa bersuka ria,
Bersenandung mengikut rentak hati,
Terlupa pada-Mu seketika.
Dosa pahala bagai nafsu serakah,
Ikut sahaja semua yang hati rasa,
Tidak endah azab neraka yang parah,
Tinggalkan Syurga yang menanti setia.
Hinanya aku bertuhankan nafsu,
Dalam gejolak jiwa yang masih muda,
Setiap detik yang tersia kian berlalu,
Tidak diendah kematian yang akan bertamu.
Kita semua perlu bangun berdiri,
Menongkah dunia yang luas ini,
Merantau mencari hikmah abadi,
Tinggalkan semua yang merosakkan hati.
Sesungguhnya Dia tidak pernah jauh,
Tidakkah kau rasa belaian kasih-Nya,
Masih kau nafikan hak sebagai hamba,
Alam turut sama tidak menerima.
Carilah sinar yang sudah mereput,
Nyalakan azam setinggi-tingginya,
Sambutlah hidayah yang menjemput,
Allah sentiasa menanti taubat hambaNya.
Kolaborasi :
@_nurnajah
@iqinnohibi
#thepuisidaie
#puisitemaTuhanku
Tuesday, 4 August 2015
Langit
LANGIT
Birunya seringkali buat kucemburu,
Kedamaian yang sentiasa ditunggu-tunggu,
Putihnya menghilangkan keresahanku,
Ketenangan yang selalu dirindu-rindu.
Oh di manakah langit tarbiyah,
Penghujungnya tidak terputus,
Untuk hati-hati yang goyah,
Buat jiwa-jiwa yang tandus.
Alangkah rindu diri ini,
Bersenda dalam bulatan gembira,
Kini ke manakah ia pergi,
Meninggalkan segala duka lara.
Banyak yang telah kutemui,
Namun tidak berjumpa penggantinya,
Seakan aku sudah pasti,
Hanya bulatan itu di sisiNya.
Sekian lama baru kutersedar,
Awan terkumpul tidak semestinya indah,
Hitamnya juga sering kugusar,
Banyak airnya perlu kuredah.
Lalu berdirilah aku di sini,
Mengumpulkan sisa-sia kekuatan,
Kembalinya sering kunanti,
Tersimpul hati penuh pengharapan.
@iqinnohibi
#thepuisidaie
#teamrindukmpk
#PuisiTemaLangit
#PuisiTemaLangit
Wednesday, 29 July 2015
Sunday, 26 July 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)